ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Sunday 20 January 2013

IJTIMA' SANAWI ITLA' SESI 2012/2013














IJTIMA' SANAWI : merupakan satu program tahunan ITTIHAD THULLAB LUGHAH 'ARABIAH..

PROGRAM BERMULA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

Lebih biasa dikenali dengan nama AGM, Annual General Meeting @ boleh juga disebut MUKTAMAR SANAWI bagi Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab..

Munasabah pemilihan nama program ialah :
1) Disebabkan hanya dibuat pada waktu yang singkat, hanya 3 jam sahaja untuk berkumpul.. maka jawatankuasa pelaksana program memilih perkataan (IJTIMA') dari perkataan (MUKTAMAR)..

2) Program ini diadakan bertujuan mengumpulkan semua ahli ITLA' khususnya pelajar-pelajar Kulliyyah Bahasa Arab.. untuk memperkenalkan Barisan Kepimpinan ITLA' yang baru disamping membentangkan aktiviti2 yang telah dilaksanakan dan membentangkan laporan kewangan..

Nota : 
1) Surat pelepasan kelas disediakan, semua pelajar Kulliyyah Bahasa Arab diwajibkan untuk hadir ke program ini.

2) Kehadiran diambil.

Antara Nasihat-Nasihat Pensyarah Dalam IJTIMA' SANAWI ITLA' :
1) Cuba adakan program-program persatuan keseluruhannya dalam Bahasa Arab tanpa ada terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi menunjukkan ia benar-benar adalah program di bawah Kulliyyah Bahasa Arab dan Ittihad Thullab Lughah 'Arabiah (ITLA').

2) Mantapkan Bahasa Arab dengan selalu minta tunjuk ajar daripada para pensyarah Kulliyyah Bahasa Arab dalam apa jua perkara sama ada pelajaran mahupun aktiviti-aktiviti persatuan.

Antara Motivasi Daripada Pembantu Penasihat:
1) Berani untuk bercakap Bahasa Arab.

2) Ada kehendak dan keinginan untuk bercakap Bahasa Arab.

3) Denda diri jika tidak bercakap dalam Bahasa Arab.

4) Perlu ada strategi untuk belajar.

5) Perlu menjaga keterampilan diri dan mesti menjaga masa.

Antara Usul Yang Dikemukakan :
1) Meminta agar kebajikan ahli dijaga dari sudut akademik mahupun kewangan.

2) Perlu adakan program-program yang mampu untuk semua ahli ikut serta, tidak terlalu mahal dan benar-benar berilmiah.

Pihak Mantan ITLA' Sesi 2012/2013 memohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan kami sepanjang memegang tampuk kepimpinan ITLA' pada sesi lepas. Ini kerana, kami masih baru dalam memulakan perubahan serta sedang membuat tapak asas bagi setiap penambahbaikan di segala pelaksanaan kami. Insya-Allah, akan diteruskan oleh Kepimpinan  Baru ITLA' Sesi 2013/2014 yang lebih berilmiah dan sistematik.

0 comments:

Post a Comment

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
HASIL SENTUHAN : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH