ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Sunday 24 March 2013

Kuliah Subuh Induksi


Kuliah Subuh bersama al-Fadhil ustaz Kaunselor Yahya yang bertajuk Muslim Profesional.
Kursus Induksi MPM dan Persatuan2 di kampus baru KUIN Kuala Ketil.


Friday 25 January 2013

Mukhayyam Arabi Ke-4


Kini Mukhayyam 'Arabi kembali lagi. Mungkin kita agak sibuk dengan urusan tertentu tambahan sekarang tengah cuti pertengahan semester. Moga setiap urusan yang kita lakukan akan dapat mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta, insya-Allah.

Sebagai pengenalan, Mukhayyam 'Arabi adalah program yang dianjurkan oleh Ittihad Thullab Lughah 'Arabiah (ITLA'). Ia merupakan program tradisi bagi Persatuan Bahasa Arab Insaniah.

Bahasa arab merupakan bahasa percakapan antarabangsa yang diiktiraf dunia. Mungkin ramai yang tidak menyedari kepentingan belajar bahasa Arab dalam hidup mereka. Jika ditanya, kenapa belajar bahasa Arab; mesti ramai yang menjawab kerana bahasa Arab adalah bahasa Al-quran, bahasa pertuturan ahli syurga dan bahasa Nabi Muhammad S.A.W. Ini memang telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W di dalam hadis baginda. Namun, apakah implikasi dan impaknya dalam dunia kita sekarang?

Persoalan itu yang saya timbulkan supaya kita memandang bahasa Arab ini bukan sekadar sebagai ilmu sampingan tetapi menjadi sebagai PERKARA ASAS dalam hidup kita. Hujah utama dalam penguasaan bahasa Arab dalam kehidupan kita ialah terutamnya bagi umat Islam ialah kerana banyak ilmu Islam lahir dari negara Arab dan kebanyakan sumbernya datang dalam bahasa Arab.

Perkara ini menjadi suatu faktor utama untuk orang Islam belajar bahasa Arab, antara lain sebagai suatu formula untuk kita khusuk dalam solat dengan cara kita memahami setiap makna ayat yang dibacakan dalam solat. Banyak lagi kepentingan kita mempelajari bahasa Arab sebagai suatu aset penting sebagai seorang muslim.

Semoga program Mukhayyam 'Araby seperti ini dapat diteruskan agar kesinambungan bahasa agung Islam ini dapat dimajukan dan diserapkan dalam diri kita semua. Semoga ia akan berjalan dengan lancar, insya-Allah..

Sunday 20 January 2013

IJTIMA' SANAWI ITLA' SESI 2012/2013














IJTIMA' SANAWI : merupakan satu program tahunan ITTIHAD THULLAB LUGHAH 'ARABIAH..

PROGRAM BERMULA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

Lebih biasa dikenali dengan nama AGM, Annual General Meeting @ boleh juga disebut MUKTAMAR SANAWI bagi Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab..

Munasabah pemilihan nama program ialah :
1) Disebabkan hanya dibuat pada waktu yang singkat, hanya 3 jam sahaja untuk berkumpul.. maka jawatankuasa pelaksana program memilih perkataan (IJTIMA') dari perkataan (MUKTAMAR)..

2) Program ini diadakan bertujuan mengumpulkan semua ahli ITLA' khususnya pelajar-pelajar Kulliyyah Bahasa Arab.. untuk memperkenalkan Barisan Kepimpinan ITLA' yang baru disamping membentangkan aktiviti2 yang telah dilaksanakan dan membentangkan laporan kewangan..

Nota : 
1) Surat pelepasan kelas disediakan, semua pelajar Kulliyyah Bahasa Arab diwajibkan untuk hadir ke program ini.

2) Kehadiran diambil.

Antara Nasihat-Nasihat Pensyarah Dalam IJTIMA' SANAWI ITLA' :
1) Cuba adakan program-program persatuan keseluruhannya dalam Bahasa Arab tanpa ada terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi menunjukkan ia benar-benar adalah program di bawah Kulliyyah Bahasa Arab dan Ittihad Thullab Lughah 'Arabiah (ITLA').

2) Mantapkan Bahasa Arab dengan selalu minta tunjuk ajar daripada para pensyarah Kulliyyah Bahasa Arab dalam apa jua perkara sama ada pelajaran mahupun aktiviti-aktiviti persatuan.

Antara Motivasi Daripada Pembantu Penasihat:
1) Berani untuk bercakap Bahasa Arab.

2) Ada kehendak dan keinginan untuk bercakap Bahasa Arab.

3) Denda diri jika tidak bercakap dalam Bahasa Arab.

4) Perlu ada strategi untuk belajar.

5) Perlu menjaga keterampilan diri dan mesti menjaga masa.

Antara Usul Yang Dikemukakan :
1) Meminta agar kebajikan ahli dijaga dari sudut akademik mahupun kewangan.

2) Perlu adakan program-program yang mampu untuk semua ahli ikut serta, tidak terlalu mahal dan benar-benar berilmiah.

Pihak Mantan ITLA' Sesi 2012/2013 memohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan kami sepanjang memegang tampuk kepimpinan ITLA' pada sesi lepas. Ini kerana, kami masih baru dalam memulakan perubahan serta sedang membuat tapak asas bagi setiap penambahbaikan di segala pelaksanaan kami. Insya-Allah, akan diteruskan oleh Kepimpinan  Baru ITLA' Sesi 2013/2014 yang lebih berilmiah dan sistematik.

Sunday 6 January 2013

Sejarah ITLA'


PERSATUAN KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH ditubuhkan pada tahun 2009, hasil perbincangan dua hala di antara mantan Dekan Kuliyyah Bahasa Arab, Prof. Madya Dr. Mohd Bakhir bin Haji Abdullah (AMK) bersama semua pelajar Tahun Empat Kulliyyah Bahasa Arab dan kemudiannya bersetuju untuk melantik barisan exco yang dipimpin oleh saudara Muhyiddin bin Ishak yang merupakan Presiden Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab Insaniah yang pertama bagi sesi 2009/2010.

Pada sesi 2010/2011, Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab Insaniah telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Syafiq bin Ishak bagi menyambung tugas dan amanah yang telah dipikul oleh mantan pengerusi yang lepas.

Pada sesi 2011/2012, di mana hasil perbincangan semula bersama Dekan Kulliyyah Bahasa Arab, Dr. Usama El Sayed Mohamed dan Timbalan Dekan Kulliyyah Bahasa Arab, Sheikh Ali Mohamed Isa disepakati oleh semua barisan ahli jawatankuasa Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab yang baru dilantik untuk sesi 2011/2012 telah bersetuju untuk membuat penjenamaan semula PERSATUAN KULLIYYAH BAHASA ARAB kepada ITTIHAD TULLAB LUGHAH 'ARABIAH (ITLA’).

Sesi 2012/2013, ITTIHAD THULLAB LUGHAH 'ARABIAH (ITLA') telah diterajui oleh Saudara Khalidul Anuar bin Yusoh dengan membawa visi dan misi yang baru di dalam persatuan.

Kini, pada Sesi 2013/2014, ITTIHAD THULLAB LUGHAH 'ARABIAH (ITLA') telah dipimpin oleh  Saudara Mohd Nazaruddin bin Yaacub. Insya-Allah, akan meneruskan segala perjuangan memartabatkan Bahasa Arab di bumi INSANIAH..
 

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
HASIL SENTUHAN : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH